Monthly Archives: January 2011

neteza & farid { johor bahru }

Setelah aku selidik, kak Neteza ni rupanya senior aku masa sekolah dulu. Tapi memanglah aku tak kenal pon. Maklumlah tak berapa nak rajin kenalan dengan akak2 ni, aku bukan jambu. Hehe.. Masa majlis ni, hujan tak berhenti 3-4 hari. Semua orang dah risau apa la jadi kalau tak berhenti jugak. Nikah malam tu pun hujan berhenti kejap je. So aku expect esok mesti hujan reda. Nak jadikan cerita, esoknya masa aku sampai rumah ni, hujan tak berhenti2 jugak. Baru lepas banjir kilat pulak tu. Pelamin kat bawah khemah dah kena bah. Fuh…

Tengah2 shoot make up, hujan makin lebat. Tak sampai setengah jam, banjir kilat datang lagi. Kali ni pelamin tak dapat nak selamatkan. Satu tingkat stage tu air naik. Masa ni pak andam mainkan peranan nak tenteramkan pengantin. Jadi kak Neteza cool je. Majlis jalan jugak dalam hujan tu. Farid sampai pun tengah hujan lagi. Bersanding la jugak diorang kat pelamin yang hampir nak runtuh tu. Aku cari angle2 selamat untuk cover kerosakkan pelamin. Makan beradab pon kena buat dalam rumah. Walaumacam mana pun, majlis diorang tetap meriah. Aku sukakan decoration pelamin, bilik & door gift yang kak Nete buat. Very nice. Walaupun tak dapat nak buat photoshoot di luar, bilik yang dia deco ni aku gunakan sepenuhnya.
























baizura & khairul pre-wedding { ayer hitam, johor }

Setelah 2 tahun + gunakan sistem Nikon, kini aku berubah angin. Bukan satu yang mudah untuk migrate ni. Kos satu hal, nak belajar balik dari basic, nak kumpul lens, nak serasikan tangan… Semua tu memakan masa. Tapi aku tetap nak berubah. Mungkin dah terlalu penat mengolah gambar. Kini aku dengan sistem baru. Masih mentah lagi. Masih belajar lagi. Memang penat, tetapi berbaloi. Buat masa ni aku masih menggunakan warna asal dari kamera dengan olahan paling minima untuk semua gambar2 yang dihasilkan.

Dan aku masih berpuas hati…

Ini adalah cubaan pertama aku dengan kamera Canon 5D Mark II. Memang nampak terlalu merah. Tapi ini memang betul2 cubaan pertama. Jadi fahamlah hasilnya kan. Bakal pengantin ni aku bawa ke Sawah Sagil untuk sesi pre-wedding mereka. Cuaca yang kurang menarik selepas hujan sepanjang hari memang mencabar untuk dapatkan warna yang betul. Walau bagaimanapun memang Canon dapat hasilkan gambar yang lebih baik. Aku berpuas hati…










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...