Monthly Archives: August 2011

Amsyar Nak Raya









Mama belikan Amsyar baju melayu untuk hari raya ni. Amsyar baru 8 bulan, no wonder la baju ni nampak besar. Tapi memang tak ada saiz baju untuk bayi below 1 year kot. Kalau nak jugak kena tempah sendiri lah. Amsyar nak raya jugak.

Amsyar dah semakin laju merangkak. Dia mula merangkak 2 minggu lepas, masa jemput mak balik dari umrah. Sejak dari tu kawasan jajahan dia makin luar sekarang. Kalau di lepaskan dalam bilik dia dah mula mengemas semua harta benda yang dia boleh capai. Paling dia suka ialah kipas komputer, ada lampu warna merah. Tak pulak sakit tangan dia bila kena kipas tu berpusing.

Waktu siang aku lepaskan dia dalam walker. Bila dia penat, dah bising-bising barulah letak dalam bilik, merangkak pulak. Bila dah betul2 penat, panaskan bubur, bagi makan. Siap makan baru boleh tidurkan. Itu pun kalau nasib baiklah. Kalau dia belum betul-betul penat, dia mesti main lagi sampai lah petang. Jadi masa kerja aku sangat terhad. Ada kalanya terpaksa ribakan dia sambil edit gambar. Ada masa lainnya dia dah sangat boring dalam rumah, menangis ajak keluar. So aku bawak dia ke belakang rumah, bagi itik makan. Gelak sakan bila dia nampak itik tak sabar tunggu makan.

Petang lepas makan & mandi baru jemput Mama balik kerja. Kadang-kadang tu dia tidur bila kena air cond. Kalau dia nampak mama masuk kereta, menggelitik melompat2. Agaknya kalau dapat terbang dia dah tangkap mama dia.

Tak sedar pun dah 8 bulan dia membesar. Sehari lebih kurang 2 jam waktu dia dalam kereta. Ulang alik Kluang 2 kali sehari. Itu yang mak kata budak ni membesar dalam kereta. Sampai je pukul 5 biasanya dia dah tak keruan duduk dalam rumah. Dah tahu masa untuk jalan agaknya.

Tahun ni first time beraya dengan Amsyar. Dia paling muda dalam family kami. Ada lebih kurang 40+ sepupu dia. Kalau balik semua tahun ni memang meriah yang amatlah. Kena bulilah jawabnya budak kecik ni…

Gathering SMK Datuk Menteri Batch 2001

SMK Datuk Menteri 2001 (1)
SMK Datuk Menteri 2001 (2)
SMK Datuk Menteri 2001 (3)
SMK Datuk Menteri 2001 (4)
SMK Datuk Menteri 2001 (5)
SMK Datuk Menteri 2001 (6)
SMK Datuk Menteri 2001 (7)
SMK Datuk Menteri 2001 (8)
SMK Datuk Menteri 2001 (9)
SMK Datuk Menteri 2001 (10)
SMK Datuk Menteri 2001 (11)
SMK Datuk Menteri 2001 (12)
SMK Datuk Menteri 2001 (13)
SMK Datuk Menteri 2001 (14)
SMK Datuk Menteri 2001 (15)
SMK Datuk Menteri 2001 (16)

Sepuluh tahun lepas, kami tinggalkan SMK Datuk Menteri, semua merantau dengan cita-cita masing-masing. Hampir setiap tahun ada perjumpaan bila bulan puasa & hari raya. Tahun ni aku berkesempatan untuk join gathering di anjurkan Eddie Paiman di KBB Seafood, Ayer Hitam. Aku sampai agak lewat, mak tak sihat kat rumah. Jadi lepas teman mak buka barulah keluar. Ada yang dah balik pun waktu aku sampai. Terlepas peluang nak makan sama2. Mungkin masa akan datang InsyaAllah.

Selepas sepuluh tahun, aku nampak semua muka-muka ni masih sama je macam zaman sekolah. Walaupun dah beranak pinak setengahnya, namun tak banyak perubahan pada rupa paras. Umur masing-masing dah jejak 27 tahun, namun masih ramai yang suka membujang. Semuanya dah bekerjaya yang baik-baik. Alhamdulillah. Yang aku dapat jumpa tadi Ifdal, Remy, Adip, Arif, Ajid, Mamat, Razif, Arif Nasir, Azmi Asaron, Mamat Jaapo, Zalizan, Edi Paiman, Hanizul, Nizam, Mala, July, Rosliza.. Oh sape lagi tertinggal?

Mungkin ramai lagi yang boleh datang kalau kena masanya & tau tentang group batch kami ni. Lepas ni aku yakin makin ramai yang join. Walaupun tak ramai yang ada Facebook, tapi masing-masing masih berhubung antara satu sama lain. Jadi tak mustahil group ni boleh berkembang.

Sesetengah rakan kelas aku langsung hilang dari contact kawan-kawan. Setahu aku ada hampir 30 orang kelas aku sahaja, tapi kalau time raya dapat kumpul 15 orang pun dah syukur. Biasanya kalau hari raya, kitorang gabung dari kelas A, B, C & E sahaja. Yang lain-lain jarang join sekali. Tahun ni harap-harap group yang sama masih kekal.

Raya ke-5 aku dah kerja, jadi kalau dapat raya ke-6 tu diorang buat majlis kunjung-mengunjung boleh lah aku join. Tahun ni dah boleh bawak Amsyar sekali, dan ramai lagi kawan-kawan yang bawak anak.

So raya ke-6 boleh ke kawan-kawan?