amalina + reza { kuala rompin, pahang }

Perjalanan 3 jam dari Ayer Hitam ke Kuala Rompin semalam memang berbaloi. Walaupun cuaca yang teramat terik, tapi mengujakan. Semalam, majlis perkahwinan Amalina & Reza Iskandar Wedding di Kuala Rompin, Pahang. Sebelum ni aku pernah travel ke Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan & Terengganu. Semalam aku masuk ke Pahang pula. Sempadan dengan Johor jugaklah ekceli.

Destination Wedding & Travel Photography adalah genre yang menarik dan mencabar untuk meluaskan pengalaman. Aku sangat berminat untuk travel jauh2 shoot wedding & documentary. Bila kita jumpa tempat baru, kita akan nampak macam-macam. Mungkin jurugambar tempatan tak nampak apa yang kita nampak sebagai seni. Maka ianya menjadikan kelainan dan daya penarik. Di Pahang ada ramai jurugambar perkahwinan lain, tapi aku kurang expose dengan kewujudan mereka. Kalau ada, mungkin boleh dibuat peneman. Mereka lebih arif dengan tempat2 umum disana. Kalau macam aku semalam, cuma jumpa pekan lama & pantai sahaja.

Sebulan dua lagi insyaAllah aku akan cuba travel keluar pula. Nak meluaskan pengalaman, menimba ilmu… InsyaAllah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...