damia batrisyia 15 days

Ahli keluarga kami bertambah lagi seorang. Damia Batrisha binti Hamzah lahir sama tarikh dengan maksunya, mama Amsyar, 21 September 2011. Jadi nenek dah ada 40 orang cucu kalau tak silap kiraan aku.

Mak masih dalam wad lagi. Mungkin tempoh yang agak lama kalini. Keadaan buah pinggang mak masih belum cukup baik untuk jalankan angiogram. Jadi kena kasi dia rehat dan tunggu buah pinggang dia jadi lebih baik baru buat angiogram.

Kat sini pun mak kena heart attack juga masa nak periksa jantung dalam bilik rawatan. Mak tak boleh terlalu sejuk dan banyak bergerak. Saluran jantung dia mungkin ada satu atau dua yang tersumbat. Dari Angiogram ni baru boleh tahu saluran mana yang tersumbat bila dimasukkan dye ke dalam saluran tu, baru kamera dapat kesan yang mana satu tersumbat.

Rehatlah mak sehari dua lagi kat sini. Mungkin seminggu dua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...