sarah + rob { batu pahat }

The wedding of Sarah Julia Ramsey & Iskandar Robert Cornick – 3 September 2011 – Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Photograph by Mohd Razali & assisted by Farol Moja.

Hari raya ke-5 mula bekerja semula. Setelah lebih 2 bulan berehat, menajamkan mata, mengasah minda, kini masa untuk mula mempelbagaikan pengalaman yang di timba. Ada lebih kurang 18 majlis lagi untuk 4th quarter 2011 ini.

Banyak perubahan akan di buat, dari segi teknikal, pemilihan gambar, penyusunan layout album, aksesori, jarak masa penyerahan album dan sebagainya. InsyaAllah. Sedang memantapkan disiplin diri untuk lebih maju.

Setiap hari aku belajar untuk memajukan skill & kreativiti. Jadi jangan pelik kalau hampir setiap minggu ada sahaja gambar Amsyar dalam blog ni. Aku sangat berminat untuk ambil gambar baby. Memang mencabar tak dinafikan, tapi cabaran itulah yang dicari. Dari cabaran, kesusahan kita boleh belajar macam mana cara mudah untuk selesaikan masalah.

I always thinking of upgrading my lens. Canon 50mm f/1.8 ni memang dah cukup baik dengan harga yang amat murah. Ramai yang tak sangka dengan lens murah boleh dapat kebanyakkan gambar yang ada dalam blog ni. Tapi dah sampai masanya untuk pergi lebih jauh. Aku perlukan ruang yang lebih luas dan d.o.f yang sedap dimata. Beberapa pilihan dah ada di dalam list, tapi belum ada modal untuk menampungnya. Jadi aku sedang tekadkan azam untuk menabung seberapa banyak yang ada untuk menampung satu lagi lensa idaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...