Tag Archives: baby portraiture

damia batrisyia 15 days

Ahli keluarga kami bertambah lagi seorang. Damia Batrisha binti Hamzah lahir sama tarikh dengan maksunya, mama Amsyar, 21 September 2011. Jadi nenek dah ada 40 orang cucu kalau tak silap kiraan aku.

Mak masih dalam wad lagi. Mungkin tempoh yang agak lama kalini. Keadaan buah pinggang mak masih belum cukup baik untuk jalankan angiogram. Jadi kena kasi dia rehat dan tunggu buah pinggang dia jadi lebih baik baru buat angiogram.

Kat sini pun mak kena heart attack juga masa nak periksa jantung dalam bilik rawatan. Mak tak boleh terlalu sejuk dan banyak bergerak. Saluran jantung dia mungkin ada satu atau dua yang tersumbat. Dari Angiogram ni baru boleh tahu saluran mana yang tersumbat bila dimasukkan dye ke dalam saluran tu, baru kamera dapat kesan yang mana satu tersumbat.

Rehatlah mak sehari dua lagi kat sini. Mungkin seminggu dua.

amsyar 6 month

Masa aku menaip ni, Amsyar dah nyenyak tidur dalam pelukkan Akmal. Lena. Harini Amsyar kena inject lagi sekali. Meraung kuat kali ni, teresak-esak. Tapi tak sampai seminitpun. Cuma sampai ke rumah pun tak hilang lagi sedu sedan.

Ahad lepas kami ke Mersing, tanpa hala tuju asalnya. Sampai kesana, hari masih hujan lagi. Renyai. Angin kuat dari laut buatkan payungpun terbang. Semalam ada puting beliung kat pantai Air Papan. First time aku nampak video puting beliung kat Malaysia. Seram jugak. Mungking angin2 ni serpihan cuaca semalam la tu. Jadi kami tunggu sekejap sampai cuaca baik sikit, baru bawak Amsyar main air laut.

Aku sukakan portraiture kanak-kanak. Mencabar, tapi memang seronok bila dapat expression berbeza dari mimik muka mereka. Bukan satu kerja senang nak dapatkan perhatian budak kecik ni. Jadi kena gunakan macam-macam cara nak bagi dia tengok kamera & senyum. Kalau nasib tak baik, moody & terlalu lambat maka terlepas lah saat berharga tu.

Portraiture session kalini aku gunakan masa cuaca yang sejuk. Jadi dia tak banyak meragam. Sesi pertama di Pantai Teluk Resang, Mersing. Sesi kedua, Sawah Sagil, lewat petang juga. Cuaca suram sejuk. Kalau panas, kita sendiripun tak selesa kan. Jadi pemilihan masa sangat penting. Kalau nak buat pagi, kena betul-betul awal pagi. 7.30am – 10am max. Kalau lebih lama mesti budak meragam. Melainkan kita buat indoor. Untuk waktu petang, paling sesuai pukul 5pm. Waktu petang ni tak terlalu panjang. Golden hour pula terlalu pendek untuk kanak-kanak. Tak boleh terlalu lewat kan. Pukul 7 tu memang cantik, tapi tak sesuai untuk kanak-kanak. Jadi bagi sapa-sapa yang nakkan scenery dengan matahari yang cantik, buat awal pagi.

Amsyar & Akmal (1)

Amsyar & Akmal (2)

Amsyar & Akmal (3)

Amsyar & Akmal (4)

Amsyar & Akmal (5)

Amsyar & Akmal (6)

Amsyar & Akmal (7)

Amsyar & Akmal (8)

Amsyar & Akmal (9)

Amsyar & Akmal (10)

Amsyar & Akmal (11)

Amsyar & Akmal (12)

Amsyar & Akmal (13)

Amsyar & Akmal (14)

Amsyar & Akmal (15)

Amsyar & Akmal (16)

Amsyar & Akmal (17)

Amsyar & Akmal (18)

Amsyar & Akmal (19)

Amsyar & Akmal (20)

Amsyar & Akmal (21)

Amsyar & Akmal (22)

Amsyar & Akmal (23)

Amsyar & Akmal (24)

Amsyar & Akmal (25)

Amsyar & Akmal (26)

Amsyar & Akmal (27)

Amsyar & Akmal (28)

Amsyar & Akmal (29)

Amsyar & Akmal (30)

Amsyar & Akmal (31)

Amsyar & Akmal (32)

Amsyar & Akmal (33)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...