Tag Archives: bakar batu

lia & affan { bakar batu, johor bahru }

My wife gelak sakan pasal aku tweet “tengah makan ayam penyek with @fozanarts & @affiqizwan”. Korang tau kenape? Pasal supposedly kena sebut ‘ayam penyet’ bukan penyek. Cis.. Tapi yang penting perut kenyang lepas berebut sapa dapat kepak & sapa dapat peha dengan Affiq. Korang tau berapa besar dada+kepak ayam penyek ni? Ha… Kalau peha aku boleh makan 2 ketul setengah, tapi dada seketul dah cukup. Betul ni.

Diorang ni geng johor wedding photographer aku. Kalau ke JB antara yang aku call diorang ni lah. Mesti diorang bawak aku makan tempat best2 punye. Rawa Steamboat lah, mana lah. Hadui. Bertuah betul aku.

Lepas penat kerja, makan sampai tak boleh nak bangun. Macam mana la tak naik kalori aku. 2 minggu lepas aku shoot pengantin ni di JB juga, bawa outdoor ke Nusajaya petangnya. Aku suka tengok pengantin muda-muda ni. Diorang sentiasa hepi dan energetic. Walaupun sampai ke petang, malam tu tak cukup tido, tapi bila bergambar diorang mesti happy & ceria. Tu antara penambah semangat wedding photographer nak ambil gambar. Percayalah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...