Tag Archives: banjir

neteza & farid { johor bahru }

Setelah aku selidik, kak Neteza ni rupanya senior aku masa sekolah dulu. Tapi memanglah aku tak kenal pon. Maklumlah tak berapa nak rajin kenalan dengan akak2 ni, aku bukan jambu. Hehe.. Masa majlis ni, hujan tak berhenti 3-4 hari. Semua orang dah risau apa la jadi kalau tak berhenti jugak. Nikah malam tu pun hujan berhenti kejap je. So aku expect esok mesti hujan reda. Nak jadikan cerita, esoknya masa aku sampai rumah ni, hujan tak berhenti2 jugak. Baru lepas banjir kilat pulak tu. Pelamin kat bawah khemah dah kena bah. Fuh…

Tengah2 shoot make up, hujan makin lebat. Tak sampai setengah jam, banjir kilat datang lagi. Kali ni pelamin tak dapat nak selamatkan. Satu tingkat stage tu air naik. Masa ni pak andam mainkan peranan nak tenteramkan pengantin. Jadi kak Neteza cool je. Majlis jalan jugak dalam hujan tu. Farid sampai pun tengah hujan lagi. Bersanding la jugak diorang kat pelamin yang hampir nak runtuh tu. Aku cari angle2 selamat untuk cover kerosakkan pelamin. Makan beradab pon kena buat dalam rumah. Walaumacam mana pun, majlis diorang tetap meriah. Aku sukakan decoration pelamin, bilik & door gift yang kak Nete buat. Very nice. Walaupun tak dapat nak buat photoshoot di luar, bilik yang dia deco ni aku gunakan sepenuhnya.
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...