Tag Archives: blog

mal & amsyar { kluang sakura }

Dalam tak sedar, Amsyar dah pun cecah 3 bulan setengah. Dulu dia diam tidur dalam bakul je sampai aku sergah. Sekarang dah pandai menjerit2 kalau tak dilayan agah. Aku tulis blog, dia menceceh kat riba aku tak puas hati. Nak tekan ctrl key, dia tarik tangan aku dengan kaki. Sambil dia kepalkan penumbuk, dia hisap penumbuk tu sambil bercakap2 bahasa yang aku tak reti. Apa yang dibualkan aku kurang pasti. Tapi dah 2 jam tak berhenti.

Lagi 5 6 bulan dah boleh berlari? Mungkin nak kesawah hari-hari. Oh siap sedialah ayie… Mamanya kembali sibuk berfesyen. Kalau dulu pakai seluar dah cukup eksyen. Tapi sekarang setiap hari gaya mesti ada definition.

Kluang dah ada musim bunga sakura. Setahun 2 3 kali rasanya pokok-pokok ni berbunga. Buatkan aku teruja nak mengabadikannya. Jadi pagi ni mama Amsyar bergaya seperti biasa. Dengan gaun baru, bergambar dia minta. Tapi seaakan hijau pula warnanya. Mana nak cari kawasan yang kontra dengan bajunya? Memang tak dapatlah. Jadi apa yang ada cuma ini hasilnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...