Tag Archives: d40x

fiza & eddie { batu pahat, johor }

Dari dulu lagi aku teruja bila ambik gambar. Kamera pertama aku pegang compact film masa zaman sekolah. Masa sekolah rendah dulu tak berani nak pegang sebab mahal sangat. Kena marah dengan akak je la kalau tersentuh. Kamera slr arwah abah dulu tersimpan baik dalam casing kulit. Tapi sampai sekarang aku cari dah tak jumpa. Sayangnya….

Lepas zaman sekolah, aku duduk dengan kakak aku Alang. Sekali sekala ada la dapat pinjam film slr dia. Masa tu memang paling canggih EOS 3 tak silap. Tak pandai guna, sekali develop habis overexposed. Bila dah mula kumpul duit masa kerja, berangan2 beli compact canggih sikit. Sebab dah puas bergambar dengan kamera hand phone. Ada sorang brader ni nak jual Kodak Easyshare model ape tah, tanya dia, boleh hutang tak bang. 3 kali bayar. Mampus dia gelakkan aku…

Tapi lepas tu aku kumpul duit beli Sony Cybershot kecit tu. Hari2 kehulu kehilir bawak kamera tu. Belajar la kononnye. Mal pulak beli Nikon Coolpix L3. Tak sampai setahun, dah rosak..

August 2008 aku dapat kumpul duit dengan Mal, beli kamera DSLR pertama kitorang. Sekenhen Nikon D40x je. Beli dengan Apul. Masa tu dia pakai D200. Tapi satu hape pon aku tak tau pasal kamera slr sebenarnya masa tu. Balik tu baru aku belajar sungguh-sungguh. Walaupun besar, hari-hari aku usung kamera ni. Tak kira kemana, nampak kumbang pon aku snap. Kumpul lagi duit sikit, beli lens 50mm 1.8. D40x ni manual focus. Jadi jenuhlahhhh nak fokus satu subject bila ambik gambar tu. Memang menguji kesabaran. Tapi itulah latihan terbaik.

Dah hampir 3 tahun aku dalam bidang ni rupanya… Alhamdulillah…













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...