Tag Archives: dayah rahman

adda + nuar { solemnization – ayer hitam }

Majlis pernikahan Adda + Nuar – September 9 2011 di Ayer Hitam, Batu Pahat. I’m assisting Azhar Saad (Dedaun Photography). I am NOT the official photographer for the day. I just came as a friend. So bare in your mind this is just family members photos. Wait for official photos from the official photographer in charge.

Malam tadi sempat juga teman Azhar untuk majlis pernikahan ni. Datang untuk menonton, tak bawak flash pun. Hanya prime 50mm & 135 sahaja. Jadi maaflah kalau kualiti gambar sekadar ada. Semua persiapan majlis Adda & Nuar disediakan oleh Dedaun Bridal, Awe, Azhar & Askhar-Ashkar. Konsep pelamin kalau Dedaun yang buat memang meletup. Tak mungkin sama dengan mana-mana pelamin sedia ada di Batu Pahat – Kluang. Mini pelamin yang Awe buat sangat menarik. Simple yet elegance.

Adda & Nuar kawan aku dari sekolah rendah lagi. Aku tak ingat dari darjah berapa aku kenal Dayah ni. Malam tadi kawan-kawan kami dari sekolah rendah & menengah ramai yang hadir. Ada yang aku tak jumpa dah berbelas tahun lamanya. Ada yang anak dah besar. Kalau harini aku dapat join mesti lagi ramai yang boleh jumpa. Tapi tugasan sendiri lebih penting. InsyaAllah Ahad aku akan ke rumah mereka di Sri Lalang.

Hari dah mula hujan, walaupun kaji cuaca kata harini panas & berjerebu, tapi kuasa tuhan sapa boleh halang. Alhamdulilah syukur. Jadi cabaran untuk harini adalah ruang yang sedikit & cuaca yang mendung. Harapnya aku dapat kawal dengan sempurna. Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...