Tag Archives: dayanita

dayanita + herey { solemnization – parit raja }

The solemnization of Dayanita Dahar & Herey – 9 September 2011 at Masjid Al-Syakirin, Parit Raja. Photography by Mohd Razali.

 

Genap sepuluh hari raya, suasana kemeriahan masih terara. Balik dari Muar dua hari lepas masih dapat tengok pelita dipasang di rumah-rumah kampung. Raya tetap meriah, cuma bila kita dah dewasa, kita tak merasakan kemeriahan raya tu seumpama ketika zaman lebih muda.

Kalau yang dah berumah tangga dan ada anak mesti lah lebihkan anak isteri dari diri sendiri. Tahun ni beraya bertiga dengan adanya Amsyar. Dah masuk 8 bulan umurnya. Baju pun dah tak banyak yang muat. Hari-hari biasa aku kerap latih Amsyar berjalan. Dia belum tumbuh gigi lagi, jadi mungkin boleh latih jalan lebih cepat daripada tumbuh gigi.

Sebenarnya kami ni tak sempat beraya kemana-mana lagi. Mula raya ke-5 dah kerja. Minggu ni pun kerja, minggu depan lagi kerja Jumaat-Ahad. Minggu lagi satu baru free. Bermakna minggu terakhir hari raya baru dapat jalanlah. Oh tak kisahlah, raya Melayu sebulan.

Majlis kalini di Masjid As-Syakirin, Parit Raja. Available light dalam masjid ni sangat memuaskan dan membuatkan aku cuba mempergunakan cahaya sedia ada sepenuhnya tanpa bantuan speed light. Walaupun dalam keadaan jerebu untuk beberapa harini, tapi caha sedia ada memuaskan. Dalam tempoh pembelajaran menggunakan cahaya sekeliling, banyak yang dapat dipelajari. Setiap keadaan kawasan berlainan white balance, dinding, lantai, tingkap semua memantulkan cahaya yang akan memberi impak kepada subjek. Jadi kalau tak berhati-hati, tak mudah nak dapatkan warna yang sekata. Mempelbagaikan suhu kelvin dalam white balance dapat hasilkan suasana yang berbeza pada setiap gambar. Itu yang aku dapat pelajari…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...