Tag Archives: hashim

hashim + anne { batu pahat }

The Engagement of my own big brother Hashim with Anne.

Dalam keluarga, aku paling bongsu, tapi aku ada sorang lagi abang yang belum berkahwin. Jadi kiranya dialah paling bongsu. Harini kami menghantar rombongan pertunangan dengan gadis pilihan hati dia, Nurul Ain, di Batu Pahat. Maka hampir lengkaplah ceritera hidup dia, insyaAllah. Ikut perancangan, diorang nak langsungkan perkahwinan pada hujung tahun ni kalau tak ada aral melintang. Paling lewat, tahun depan katanya. Kita sama-sama doakan kelancaran segala perancangan diorang ye.

Ok enough. My life was so hectic for the last few weeks. Balik dari Indonesia, terus bertungkus lumus siapkan pending works yang menimbun. Just a week before raya, semuanya settle. Tapi belum dihantar hampir separuh. Jadi bagi clients yang nakkan album, silalah contact seberapa cepat lepas buat payment ye. Siang hari aku dengan Amsyar, jaga dia sambil mengemas rumah. Kadang-kadang dia tak nak di letak, terpaksa dukung sambil cabut rumput. Ada ketika dia boleh berdikari, main sorang-sorang dalam walker. Kalau nasib baik, dia tidur sampai 3 jam +. Tapi itu semua jarang-jarang berlakulah. Most of the time dia menangis kalau kena tinggal.

Bila dah dekat raya, kena siapkan barang-barang dapur. Ke Rengit cari ikan & daging. Ke Batu Pahat beli bawang & barang-barang kering. Maklumlah, keluarga besar, jadi bukan sikit-sikit barang nak kena sediakan. Tak semua dapat balik awal untuk tolong kemas rumah. Ada yang malam raya baru boleh sampai rumah. Jadi sapa yang ada kenalah siapkan semuanya. Tahun ni mak tak buat kuih. Mak selalu kena serang sakit jantung. Lemah sampai tak boleh nak bangun. Jadi ada baiknya duduk diam. Malangnya mak ni bukan jenis reti duduk diam…

Bila hari raya, sibuk dengan baraan kampung. Hari raya pertama dari pagi sampai ke lewat petang ikut marhaban raya dari hujung ke hujung kampung. Walaupun tak besar mana, tetap sehari suntuk jugak nak habiskan. Penatnya ya ampun… Raya ke-2 baru lah dapat beraya rumah mertua. Melayan sedara mara wife pula kat sana. Malam pulak bermaaf-maafan dengan adik beradik kami. Itu tradisi dari dulu lagi. Kebiasaanya malam raya kedua atau ketiga, kami semua berkumpul & bermaaf-maafan.

Setiap tahun macam ni lah aktiviti wajib aku tika hari raya. Penat. Tapi seronok. Keluarga besar, meriah & macam-macam perangai. Tahun ni ada 2 family je yang tak dapat beraya bersama. Satu di Australia, satu lagi di Kuala Lumpur.

Raya ke-5 aku dah mula kerja. Task untuk kali ni agak mencabar berbanding sebelumnya. Jadi aku harap dapat buat kelainan untuk kali ni. InsyaAllah….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...