Tag Archives: indonesia

Indonesia saja…


Day 2 – Bukittinggi – Minang

Mak pernah bilang, orang Jawa & Minang ni sangat rajin. Kalau dia dapat tanah, semestinya rapi dijaga. Mulanya aku fikir, apa bezanya dengan yang lain. Semua pun rajin, kerjakan tanah sehingga berhasil. Jadi sama sajalah. Oh rupanya tidak. Rajin jawa & minang ni sampai ke tahap tak ada rumput pun di tanah.

Bila sampai di bumi Minang ni, aku mula belajar betapa peritnya hidup berlantaikan bumi mereka ni. Matawang teramat kecil, sara hidup lebih tinggi dari pendapatan bulanan, korupsi tidak dapat di bendung, rakyat terlalu ramai. Jadi jika mahu hidup senang, mereka mesti merantau, kalau nak tinggal di kampung halaman sendiri, mesti kerja 5 kali ganda lebih kuat.

Bayangkan pendapatan majoriti penduduk hanya RP1.5juta, lebih kurang RM550 sahaja sebulan. Dengan wang sebanyak itu, mereka perlu belanjakan RP3juta sebulan untuk keperluan. Jadi, bagaimana nak survive?

Selama 2 hari di Bukittinggi, aku dapat belajar cara keidupan mereka. Untuk sara hidup di kampung, mereka tanam padi sendiri, bercucuk tanam, bela ikan. Semuanya sekeliling rumah sendiri. Jadi tak ada masalah tentang makanan ruji & keperluan nutrisi harian. Sekiranya ada berlebihan, baru beras dijual. Yang pastinya pendapatan mereka kesemuanya dari pertanian sahaja. Namun Bukittinggi adalah salah satu kawasan tarikan pelancung. Jadi serba sedikit tempiasnya dapat kepada penduduk. Aku tak rasakan mereka perlukan kemajuan teknologi yang canggih untuk hidup. Cukup sekadar kehidupan aman dan keselesaan sedia ada. Jika yang pernah bekerja dengan kerajaan dahulunya seperti tentera, pencen diberikan lebih kurang RP2juta selagi ada nyawa.

Benar, jika kurang korupsi, mereka boleh hidup lebih selesa. Tapi itu bukan sesuatu yang mudah untuk di atasi kerana ianya sejak turun temurun. Seperti juga adat mereka memburu khinzir. Mereka membela anjing dan setiap hujung minggu ramai-ramai keluar berburu. Mereka tak makan khinzir tu, sekadar hobi mungkinnya, selebihnya di beri makan pada anjing perliharaan. Mereka peluk anjing seperti kita belai kucing dirumah. Itu adat yang tak mungkin mereka pisahkan.

Walau bagaimanapun, mereka tersangat bersih. Masih mandi di sungai laluan air terjun, sekeliling rumah kemas teratur & makanan segar dari ladang sendiri. Jikalau satu masa dulu aku dapat hentikan terciptanya plastik, mungkin dunia lebih bersih. Begitu juga Indonesia, 20 tahun yang lalu sungai lebih bersih dari sekarang tanpa kehadiran plastik sampah. Lihat saja Bhutan yang tidak membenarkan sebarang produk berasaskan plastik dibawa masuk. Keindahan Bhutan luar biasa. Tapi itu semua kalau…

Mereka masih lagi percaya kesaktian, ada satu cerita yang didengar dari pak supir tentang ikan sakti yang pada asalnya adalah bayi kecil ditinggalkan ibu dan dibela bunian. Dibawanya kami ke kolam yang kononnya ada beberapa ikan sakti yang tak mungkin boleh ditangkap atau dimakan. Kebenaran cerita asal cerita Ikan Sakti Sungai Janiah Baso ini tak dapat aku nak pastikan. Only because the fish was never caught, jumlah ikan semakin banyak.

Tanah di Bukittinggi subur, Gunung Merapi hanya beberapa puluh kilometer sahaja dari bandar. Pastinya itu salah satu penyebab tanah disini subur. 20 tahun lepas kampung aku juga serupa begini. Tapi arus kemodenan merubah setiap satu adat yang dipelihara. Aku harap di Indonesia tidak begitu. Kekalkan keamanan, kedamaian & kesejahteraan sedia ada.

Note: Trip kali ini mempergunakan Canon 50mm f1.8. Beberapa keping sahaja gunakan 135mm disebabkan tidak cukup masa nak berhentikan kereta dan lens wide angle 17-40 tertinggal di rumah. Kebanyakkannya diambil dari dalam kereta.

honk! honk! pekanbaru to bukittinggi – indonesia

Day 1: Kluang Railway – LCCT – 0123

Tak pernah sebelumnya kami travel dengan keretapi. Sebelum-sebelum ni dengan kenderaan rasmilah, kereta aku saja. Plan asal memang nak gunakan keretapi dari Kluang ke Bangkok. Tapi memandangkan jarak masa cuti yang agak pendek, terpaksalah plan ke Bangkok di ubah. Jadi kami naik keretapi dari Kluang Railway Station ke KL Sentral. 5 Jam perjalanan. Bukan senang nak tidur dalam koch katil Senandung Sutera KTMB bagi orang yang memang susah nak tidur macam aku. Dah sejam perjalanan goyang-goyang, paksa mata tidur jugak, baru dapat lelap lena. Mujur pukul 5.20am sedar. Sempat sahur kacang gajus, murtabak Abu Hurairah & tamar sedikit. Jam 7 dah sampai KL Sentral.

Dari KL Sentral kami naiki ERL ke Salak Tinggi dan transit bas LCCT. Agak awal sampai LCCT. Selepas check in, terus melepak di terminal sampai 10am. Nama Napi dipanggil tak semena2, setahu kami waktu penerbangan 10.25am, tapi seawal 10am dah dipanggil. Serta-mertalah naik kapal udara asia ni. Last 2 years aku pernah naik Air Asia ke Kedah. Itu kali pertama naik Air Asia. Sebelum2 ini tidak. Tapi kali ni terasa sempit yang amat. Nasib baik perjalanan cuma +/- 1 jam saja sampai ke Pekanbaru.

Setiba di sini, tak terus check in. Pusing Pekanbaru serupa takda hala tuju. Panas. Memenatkan. Aku tak pernah alami suasana bunyi bising hon tanpa henti seperti ni. Kalau di Malaysia hon dibunyikan bila betul2 tak tahan dengan pemandu lain atau warning terakhir. Tapi berlainan teramat sangat di Indonesia. Hon dibunyikan hampir setiap masa. Tak ada apa2 sebabpun mesti nak tekan hon. Pada mulanya memang sangatlah terganggu. Tapi bila tengok cara pemanduan disini, barulah aku faham. Hon dibunyikan sebagai langkah berjaga-jaga. Orang yang di hon pun tak kesah je bila kena hon, kalau kita mungkin dah maki hamun balik. Betul?

Aku sangat respect dengan cara pemanduan kat sini. Tak banyak lampu isyarat. Terlalu banyak kenderaan. Kemungkinan berlaku kemalangan tu sangat tinggi, tapi tak pernah sekalipun terjumpa kecelakaan disini. Beda bener deh. Diorang sangat alert bila pemandu lain tiba-tiba aja nak buat u-turn di tengah jalan atau masuk simpang secara tiba-tiba. Hatta pemandu motor perempuan sekalipun. Tahap kesabaran diorang memang tinggi.

Puas berjalan, kami cari hotel berdekatan. Mulanya naik angkut-angkut, kemudiannya jalan kaki saja. Angkut-angkut menyeksakan orang yang teramat tinggi seumpama aku. Tiba di hotel, kami berehat, tidur. Sedar-sedar dah jam 6pm. Buka puasa 7pm. Kelam kabut aku kejar Faiz & Napi untuk berbuka.

Menu berbuka puasa disini hari pertama – Gurami bakar. Waduh enak! Seterusnya mundar mandir sekitar bandar. Makan Satey Padang & Mee Pangsit. Menu yang tak pernah jumpa di negeri sendiri, mestilah sedap.

Kami banyak buang masa & duit nak setup line telefon & internet mobile disini. Yang sudahnya tak berhasil. Kecewa. Nasib baik dapat akses internet dengan senang di hotel.

Day 2? Sambung nanti ya ibu-ibu bapak bapak. Ngantuk deh…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...