Tag Archives: jerry & azreen

jerry & azreen { mersing, johor }

Kadang-kadang aku gelak sorang2 bila dengar suara anak mengomel sambil hisap jari dia tu. Dah hampir 4 bulan umur Amsyar. Tiap-tiap hari aku melayan kerenah dia. Ada kalanya memang menguji kesabaran. Sabar…. Tapi lepas dia mengamuk2, dia gelak2 balik. Itu yang buat aku sejuk balik. Harini dia tidur dari 9am – 1pm. Jarang dia tidur lama macam ni. Dapat aku siapkan banyak kerja.

Sabtu lepas aku ke Mersing untuk majlis resepsi Jerry & Azreen di Felda Nitar 1. Nak sampai ke sini bukanlah dekat, jalan pun boleh tahan mencabar. Tapi jadi seronok sebab dapat lihat kelainan. Diorang ni antara pengantin sempoi yang aku pernah jumpa. Majlis sini meriah, satu felda datang. Tapi majlis selesai awal. Cuma tak dapat nak outdoor cepat buat aku terkilan. Kalau ada banyak masa, mungkin dapat pergi banyak tempat sebab Mersing ni banyak kawasan menarik. InsyaAllah ada peluang, akan aku explore lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...