Tag Archives: johor photographer

haida + shahrul { kluang, johor }

Sebelum majlis diorang ni, Haida & Shahrul pernah buat pre-wedding photoshoot dengan aku. Dari situ aku dah nampak effort pengantin ni menyediakan prop yang menarik dan sedia buat ape yang aku suruh. Majlis perkahwinan Cikgu Haida & Shahrul ni di Taman Korakyat, Kluang Johor pada 1 May 2011. Jadi masa majlis ni aku dah kenal lebih mesra dengan diorang lah. Sebelum majlis pon Haida banyak refer dengan aku untuk persiapan. Dia banyak study gambar2 dari blog & facebook juga. Memang seronok bila dapat client yang macam ni.

Sepanjang bulan ni banyak sangat kerja sampai tak terlayan. Penat tu memang tak boleh nak kira lah. Walau penat mana pun, insyaAllah boleh siapkan tugasan ni. Minggu ni aku ke Rompin, Pahang pula. Esok seawal 6am dah kena siap ke sana. Semoga cuaca baik dan majlis lancar. Amin..

syazana & fariz { johor bahru }

Jumpa lagi couple cute ni! Oh memanglah sangat aku suka. Kalau yang follow facebook page Foto by Razali sebelum ni, mesti ada perasan dalam wall photos ada pre-wedding diorang. Majlis nikah Syazana & Fariz dah pun selesai lewat petang Jumaat tadi di Kempas Baru, Johor Bahru, Dan esok sambung majlis resepsi pula. Kita sambung lagi ye.






jerry & azreen { mersing, johor }

Kadang-kadang aku gelak sorang2 bila dengar suara anak mengomel sambil hisap jari dia tu. Dah hampir 4 bulan umur Amsyar. Tiap-tiap hari aku melayan kerenah dia. Ada kalanya memang menguji kesabaran. Sabar…. Tapi lepas dia mengamuk2, dia gelak2 balik. Itu yang buat aku sejuk balik. Harini dia tidur dari 9am – 1pm. Jarang dia tidur lama macam ni. Dapat aku siapkan banyak kerja.

Sabtu lepas aku ke Mersing untuk majlis resepsi Jerry & Azreen di Felda Nitar 1. Nak sampai ke sini bukanlah dekat, jalan pun boleh tahan mencabar. Tapi jadi seronok sebab dapat lihat kelainan. Diorang ni antara pengantin sempoi yang aku pernah jumpa. Majlis sini meriah, satu felda datang. Tapi majlis selesai awal. Cuma tak dapat nak outdoor cepat buat aku terkilan. Kalau ada banyak masa, mungkin dapat pergi banyak tempat sebab Mersing ni banyak kawasan menarik. InsyaAllah ada peluang, akan aku explore lagi.

lia & affan { bakar batu, johor bahru }

My wife gelak sakan pasal aku tweet “tengah makan ayam penyek with @fozanarts & @affiqizwan”. Korang tau kenape? Pasal supposedly kena sebut ‘ayam penyet’ bukan penyek. Cis.. Tapi yang penting perut kenyang lepas berebut sapa dapat kepak & sapa dapat peha dengan Affiq. Korang tau berapa besar dada+kepak ayam penyek ni? Ha… Kalau peha aku boleh makan 2 ketul setengah, tapi dada seketul dah cukup. Betul ni.

Diorang ni geng johor wedding photographer aku. Kalau ke JB antara yang aku call diorang ni lah. Mesti diorang bawak aku makan tempat best2 punye. Rawa Steamboat lah, mana lah. Hadui. Bertuah betul aku.

Lepas penat kerja, makan sampai tak boleh nak bangun. Macam mana la tak naik kalori aku. 2 minggu lepas aku shoot pengantin ni di JB juga, bawa outdoor ke Nusajaya petangnya. Aku suka tengok pengantin muda-muda ni. Diorang sentiasa hepi dan energetic. Walaupun sampai ke petang, malam tu tak cukup tido, tapi bila bergambar diorang mesti happy & ceria. Tu antara penambah semangat wedding photographer nak ambil gambar. Percayalah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...