Tag Archives: lidya

yo & eno { batu pahat }

Kalau yang rapat dengan aku, korang mesti tau aku dengan Azam ni geng dari zaman sekolah lagi. Dia senior 2 tahun atas aku. Tapi kitorang rapat pasal main skateboard. Dari tahun 1998 lagi. Sampai habis sekolah pon kitorang masih lagi geng. Aku sambung belajar tahun 2002, Azam pulak dah kerja. Tahun 2005 aku dah balik kampung. Azam pun dah kerja kat kampung balik. Mula dari situ la dia ajak main kamera. 2007 kalau tak silap dia beli D40x.  Ijam, abang Azam pelopor, dulu skateboard pon dia jugak yang mulakan kat Ayer Hitam ni.

Sekarang, Azam dah jadi laki orang pon. Tak lama lagi dia pindah Dungun. Fuh…. Takda kaki la aku lepasni. Tapi aku yakin satu hari nanti mesti dia migrate sini balik. Hehe


















azam & lidya { dungun, terengganu }

DUNGUN: Disinilah bermulanya kehidupan baru kawan baik aku selepas ni. Beratus batu dari kampung halaman dia, Yong Peng. Lidya mengajar di Politeknik Dungun, jadi Azam kenalah ikut ke sana. Kita tengok lepas setahun dua nanti loghat percakapan dia mesti berubah. Itu dah mesti punya. Dalam tahun ni Azam akan selalu berulang alik ke Johor jugak sebab masih banyak wedding job dia disini lagi. Kalau dah mula bertapak di sana nanti, dah susah la sikit dia nak balik sini. Jadi Dungun Wedding Photographer lah Azam. Wedding photography market di Terengganu nampaknya masih luas dan berkembang. Nak jumpa pon mungkin masa2 raya lah. Hehe.. Semoga success sentiasa memulakan hidup baru diperantau ye Azang!



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...