Tag Archives: majlis pernikahan

raihana + alif { solemnization – batu pahat }


Majlis Pernikahan Raihana & Muhamad Alif – 08.10.2011 – Batu Pahat – Photograph by Mohd Razali View full post »

shah & zeti { solemnization – kluang }

Shah & Zeti (55)

Majlis pernikahan Zeti & Shah – Taman Sri Kluang – 23 September 2011 – Photograph by Mohd Razali

Shah & Zeti (54)
Shah & Zeti (53)
Shah & Zeti (52)
Shah & Zeti (51)
Shah & Zeti (50)
Shah & Zeti (49)
Shah & Zeti (48)
Shah & Zeti (47)
Shah & Zeti (46)
Shah & Zeti (45)
Shah & Zeti (44)
Shah & Zeti (43)
Shah & Zeti (42)
Shah & Zeti (41)
Shah & Zeti (40)
Shah & Zeti (39)
Shah & Zeti (38)
Shah & Zeti (37)
Shah & Zeti (36)
Shah & Zeti (35)
Shah & Zeti (34)
Shah & Zeti (33)
Shah & Zeti (32)
Shah & Zeti (31)
Shah & Zeti (30)
Shah & Zeti (29)
Shah & Zeti (28)
Shah & Zeti (27)
Shah & Zeti (26)
Shah & Zeti (25)
Shah & Zeti (24)
Shah & Zeti (23)
Shah & Zeti (22)
Shah & Zeti (21)
Shah & Zeti (20)
Shah & Zeti (19)
Shah & Zeti (18)
Shah & Zeti (17)
Shah & Zeti (16)
Shah & Zeti (15)
Shah & Zeti (14)
Shah & Zeti (13)
Shah & Zeti (12)
Shah & Zeti (11)
Shah & Zeti (10)
Shah & Zeti (9)
Shah & Zeti (8)
Shah & Zeti (7)
Shah & Zeti (6)
Shah & Zeti (5)
Shah & Zeti (4)
Shah & Zeti (3)
Shah & Zeti (2)
Shah & Zeti (1)

Since Raya lagi sampai ke harini, aku belum sempat berehat lagi. Dan nampaknya jadual akan berterusan sehingga hujung tahun memandangkan tak ada kalendar yang kosong untuk waktu rehat.

Yes I need assistant, dan aku memang cerewet tentang assistant. Aku suka yang mahu belajar, tapi pandai membawa diri masa aku sibuk. Aku mahukan yang berkredibiliti dan bukan yang nak cari duit sampingan semata. Memang semua bekerja untuk cari duit, tapi kalau duit yang di utamakan dulu, aku lebih selesa bekerja seorang. Bukan bermakna aku kedekut, kalau kau memang nak ilmu, duit bukan keutamaan. Bila kau dah ada ilmu, InsyaAllah wang tu akan datang kepada kau. Faham?

Tak faham, jadi mari aku terangkan. Fotografi satu bidang yang sentiasa berkembang. Persaingan sentiasa sengit. Semua orang boleh ambil gambar, semua orang boleh buat gambar tu jadi baik. Jadi kat mana uniknya kita? Di situ kita kena letak sendiri tahap kemampuan kita. Tetapkan cita-cita sampai ke tahap mana kita nak capai dalam masa setahun misalnya. Jadi kalau ada azam sebegitu, kita akan bersungguh-sungguh untuk capai ke tahap itu. Dan yang diutamakan adalah ilmu di dada, bukan wang ringgit di fikirkan dahulu. Sama juga kalau kita ke sekolah. Kalau kita fikirkan habis sekolah, sambung universiti, kita cari course yang boleh bagi kita kerja yang gajinya lumayan, tapi kita tak suka. Belum tentu lepas habis universiti dapat kerja yang lumayan gajinya.

Contoh lain, kita belajar sesuatu yang kita betul-betul minat. Bila kita minat satu benda, tentunya kita akan tumpukan perhatian dan lebih bersungguh-sungguh. Dengan kesungguhan kita, tentunya ilmu yang kita pelajari lebih berkat dan bermanfaat pada diri sendiri.

Macam tu jugaklah bila belajar fotografi. Kita bersungguh-sungguh untuk dapat capai satu tahap yang tinggi. Jadi kita bukan sekadar mahu mencari rezeki, tapi mahu mencari keseronokkan sambil bekerja. Bila sampai tahap itu, kita akan lupakan wang ringgit sebentar. Bukan bermakna kita lupakan kesemuanya… Fahami dalam-dalam.

Sesudah kita capai satu tahap ilmu yang kita mahukan, orang ramai akan lebih menghargai hasil kerja kita. Di tahap ini jangan lekas meninggi diri. Bersederhanalah sentiasa. Dan bila sampai ke tahap ini, orang akan menilai hasil kerja seni dan bukan nilai harga yang kita tetapkan.

adda + nuar { solemnization – ayer hitam }

Majlis pernikahan Adda + Nuar – September 9 2011 di Ayer Hitam, Batu Pahat. I’m assisting Azhar Saad (Dedaun Photography). I am NOT the official photographer for the day. I just came as a friend. So bare in your mind this is just family members photos. Wait for official photos from the official photographer in charge.

Malam tadi sempat juga teman Azhar untuk majlis pernikahan ni. Datang untuk menonton, tak bawak flash pun. Hanya prime 50mm & 135 sahaja. Jadi maaflah kalau kualiti gambar sekadar ada. Semua persiapan majlis Adda & Nuar disediakan oleh Dedaun Bridal, Awe, Azhar & Askhar-Ashkar. Konsep pelamin kalau Dedaun yang buat memang meletup. Tak mungkin sama dengan mana-mana pelamin sedia ada di Batu Pahat – Kluang. Mini pelamin yang Awe buat sangat menarik. Simple yet elegance.

Adda & Nuar kawan aku dari sekolah rendah lagi. Aku tak ingat dari darjah berapa aku kenal Dayah ni. Malam tadi kawan-kawan kami dari sekolah rendah & menengah ramai yang hadir. Ada yang aku tak jumpa dah berbelas tahun lamanya. Ada yang anak dah besar. Kalau harini aku dapat join mesti lagi ramai yang boleh jumpa. Tapi tugasan sendiri lebih penting. InsyaAllah Ahad aku akan ke rumah mereka di Sri Lalang.

Hari dah mula hujan, walaupun kaji cuaca kata harini panas & berjerebu, tapi kuasa tuhan sapa boleh halang. Alhamdulilah syukur. Jadi cabaran untuk harini adalah ruang yang sedikit & cuaca yang mendung. Harapnya aku dapat kawal dengan sempurna. Amin…

dayanita + herey { solemnization – parit raja }

The solemnization of Dayanita Dahar & Herey – 9 September 2011 at Masjid Al-Syakirin, Parit Raja. Photography by Mohd Razali.

 

Genap sepuluh hari raya, suasana kemeriahan masih terara. Balik dari Muar dua hari lepas masih dapat tengok pelita dipasang di rumah-rumah kampung. Raya tetap meriah, cuma bila kita dah dewasa, kita tak merasakan kemeriahan raya tu seumpama ketika zaman lebih muda.

Kalau yang dah berumah tangga dan ada anak mesti lah lebihkan anak isteri dari diri sendiri. Tahun ni beraya bertiga dengan adanya Amsyar. Dah masuk 8 bulan umurnya. Baju pun dah tak banyak yang muat. Hari-hari biasa aku kerap latih Amsyar berjalan. Dia belum tumbuh gigi lagi, jadi mungkin boleh latih jalan lebih cepat daripada tumbuh gigi.

Sebenarnya kami ni tak sempat beraya kemana-mana lagi. Mula raya ke-5 dah kerja. Minggu ni pun kerja, minggu depan lagi kerja Jumaat-Ahad. Minggu lagi satu baru free. Bermakna minggu terakhir hari raya baru dapat jalanlah. Oh tak kisahlah, raya Melayu sebulan.

Majlis kalini di Masjid As-Syakirin, Parit Raja. Available light dalam masjid ni sangat memuaskan dan membuatkan aku cuba mempergunakan cahaya sedia ada sepenuhnya tanpa bantuan speed light. Walaupun dalam keadaan jerebu untuk beberapa harini, tapi caha sedia ada memuaskan. Dalam tempoh pembelajaran menggunakan cahaya sekeliling, banyak yang dapat dipelajari. Setiap keadaan kawasan berlainan white balance, dinding, lantai, tingkap semua memantulkan cahaya yang akan memberi impak kepada subjek. Jadi kalau tak berhati-hati, tak mudah nak dapatkan warna yang sekata. Mempelbagaikan suhu kelvin dalam white balance dapat hasilkan suasana yang berbeza pada setiap gambar. Itu yang aku dapat pelajari…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...