Tag Archives: photographer cameron

divert from london to cameron

Sepatutnya aku dah berada di tempat lain masa ni. Minggu lepas lagi. Tapi last minute, projek tu tertangguh ke bulan 11…. Ada sedikit kecewalah. Cabaran betul bagi aku, kena terima jugak.

Bulan 11 belum tentu lagi aku dapat bagi komitmen. Sepanjang bulan tu aku dah terima tempahan, penuh 1 bulan. Mana mungkin aku dapat tolak lagi. Aku dah pun tolak beberapa job untuk bulan 7 ni. Sayangnya.

Jadi minggu ni aku aku decide bawak Amsyar & wifey ke Cameron Highlands. Kami babymoon ke sini tahun lepas. Dapat luangkan 1 hari je. Cameron Highlands jadi pilihan percutian kami walaupun buat kali ke dua. Ada plan nak ke Fraser Hill jugak, cuma tak jumpa apa attractions yang betul-betul menarik kat sana. Jadi harini aku bertolak seawal 6am dan sampai lebih kurang 12pm tadi. Sempat singgah ke Cameron Bharat Plantation sebelum check in The Heritage Hotel. Aku tak expect begitu ramai orang ke Cameron minggu ni. Rasanya esok dah tentulah jem kalau balik esok. Hmmm. Jadi ada harapan stay lagi satu malam ni. Kalau nak jalan2 harini pun tentu sana sini ramai orang. Aku plan nak ke Mossy Forest, Gunung Brincang harini kalau sempat. Nak naik atas tu je dah dekat sejam rasenye. Kalau cuaca baik, mesti nak kesana jugak main awan.

Now Amsyar tidur. Jadi kena tunggu dia bangun dulu barulah boleh jalan2 or pergi makan. Till then…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...