Tag Archives: saifuddin salman

tribute to sudin

Aku tak ingat bila pertama kali aku jumpa mamat ni. Dua tahun lepas ke? Tiga? Entah. Walaupun bukan dari kecik, tapi mamat ni macam dah lama aku kenal. Dia banyak buat masalah kot?


Satu masa dulu dia ni pendiam, suka menyendiri, hanya kongsi cerita dengan kekasih dia je. (yang dah ditinggalkan).

Tapi dia ni berpandangan jauh. Sangat jauh… Sampai ke Melbourne. Dia selalu ajak aku kesana. Apa nak dibuat aku pun tak tahu. Dulu dia pernah janji dengan aku, masa hari aku kahwin dia nak buat pose “berciom” dengan aku ala-ala dalam magazine The Hip List. Tapi malangnye…. Dia tak muncul2. Tapi takpe… Aku selalu ingat. Sampai bila2 pon aku ingat…. Ko kahwin nanti aku datang time dah habis outdoor je.


Sudin suka berlari. Memang¬†athlete¬†agaknye. Iyelah. Masa konvo dia lari. Masa bulan puasa pagi2 jumpa tempat jogging kat taman tasik Taiping pon dia lari. Masa Azam kahwin pon dia lari. (oh kenduri Azam pon dia tak datang). Masa masuk kebun durian ‘aku’, pastu kena kejar dengan ‘pencuri’ lagi laju dia lari. (If you know what I mean..)

Tapi macam aku kata tadi, dia ni berpandangan jauh. Selalu jaga mak ayah dia… Sanggup tak merantau ke New Zealand sambung study semata2 nak jaga orang tua. Dia lupakan cita2 tu. Satu hari nanti mesti dia sampai jugak.

Dia kalau berkawan memang baik. Tak dinafikan. Sape je tak boleh kawan dengan dia. Betul tak Faiz Salleh?

Ha dia lari lagi… Ni tengah puasa ni… Kitorang la puasa. Dia… Wallahualam. Napi je yang tau.

Dia selalu kena buli dengan Faiz. Tapi dia tak kesah. Macam mane pon main game pancing baracuda memang dia champion lah…

Buat keje gila memang dia suka. Sebab tu dia ramai kawan. Sampai ke Penang pon, kalau takde tempat nak tido, dia boleh call je kawan2 dia. Nak rumah macam mane, semua ada.

Bab bergaya memang takda sape boleh lawan lah. Sekali dia sarung baju seluar n aksesori nak pegi kedai Kak Ida, RM1500 ada. Selipar Timber, short Dockers, baju Hard Rock, walkman Sony, henpon iPhone, cermin mata Oakley…

Tengok je macam sempoi, tapi hidup dia penuh dengan falsafah. Dia la sumber inspirasi kawan2 sekeliling dia.

Aku buat entri ni semata-mata nak dia kenang aku. Satu hari nanti dia dah jadi orang besar, mesti dia ingat aku balik.

Dia mesti ingat sape ambik gambar konvo dia.

Dia mesti ingat sape suruh dia lari macam orang gila.

Dia mesti ingat kejayaan bukan hanya datang sekelip mata.

Sudin. Kemana pun bumi kau nak pijak lepas ni, jangan lupakan aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...