Tag Archives: sawah sagil

smile like you mean it

20120117-200218.jpg

Amsyar is 13 month today. He grown up so fast I dont even realize. Or maybe time fly and pass us by in a blink. If you still remember, I photograph his portrait few month ago with a honey bee suit. Now he cant even put his legs on that pants anymore…

Lucky he have adik, Arif Hakimi. Soon they can get along together. So its gonna be more fun capturing them both..

#iPhonegraphy with Arif Amsyar

All this while I uploaded iPhone photos to instagr.am only. So harini bila ternampak awan kepul-kepul & langit biru, terus kensel pegi pasar malam Taman Kluang Barat, bawak wifey & Amsyar ke sawah sagil. Melepas la cik puan nak makan nasi kerabu. Gambar dalam entry ni mempergunakan Apple iPhone 4 camera sepenuhnya.

Sehari dua ni memang nampak cuaca sangat baik. Tapi tak berpeluang nak ambil gambar. Bila dah ada anak ni, kena pikir masa-masa yang sesuai nak bergerak. Masa dia tidur. Masa dia dah betul-betul kenyang. Masa dia tengah segar. Jadi kalau nak bawak dia, kena ada Wifey sekali. Kalau nak pegi sorang-sorang, kena tunggu Amsyar tidur dulu. Jadi kalau cuaca cantik, tapi Amsyar tak sediapun tak boleh jugak. So bagi siapa-siapa yang dah berkahwin dan masih belum ada cahaya mata tu, janganlah bersedih. Ni semua tuhan tentukan, Dia nakkan korang enjoy dulu berdua sementara tunggu masa untuk korang dapat cahaya mata sampai.

Kalau ikut specification iPhone 4 ni, lens is a 3.85 mm f/2.8 lens. Tapi kalau ikutkan 35mm film camera format, camera iPhone 4 ni sama dengan 30 mm f/22. ISO paling rendah sampai iso80. Memang mencabar nak guna camera iPhone 4 ni kalau dah biasa dengan dSLR. Kena lebih tekun kalau nak dapatkan hasil yang baik. Aku pernah terbaca iPhone 4 ni boleh pasang penyambung untuk lens 50mm slr. Aku sangat berminat kalau betul ada.

Lebih mencabar gunakan kamera iPhone ni bila dah gelap sikit. ISO paling tinggi mungkin iso570 je aku rasa. Dan tak mungkin boleh kawal bila dah gelap sangat. Aku cuba buat backlight tadi. Pun tak menjadi juga. Kalau buat silhouette memang cantiklah. Lagi satu masalah ialah tak boleh nak kawal white balance iPhone 4 ni. Mungkin aku perlu download apps camera+ kot next time.

Kesimpulannya, camera iPhone 4 ni dibawah par benbanding dengan kamera kompak yang kebanyakkan dipasaran. Kalau nak print 4R atau nak display di web, memang mencukupi. Jadi kalau nak gunakan masa vacation, lebih baik bawak kamera kompak.

baizura & khairul pre-wedding { ayer hitam, johor }

Setelah 2 tahun + gunakan sistem Nikon, kini aku berubah angin. Bukan satu yang mudah untuk migrate ni. Kos satu hal, nak belajar balik dari basic, nak kumpul lens, nak serasikan tangan… Semua tu memakan masa. Tapi aku tetap nak berubah. Mungkin dah terlalu penat mengolah gambar. Kini aku dengan sistem baru. Masih mentah lagi. Masih belajar lagi. Memang penat, tetapi berbaloi. Buat masa ni aku masih menggunakan warna asal dari kamera dengan olahan paling minima untuk semua gambar2 yang dihasilkan.

Dan aku masih berpuas hati…

Ini adalah cubaan pertama aku dengan kamera Canon 5D Mark II. Memang nampak terlalu merah. Tapi ini memang betul2 cubaan pertama. Jadi fahamlah hasilnya kan. Bakal pengantin ni aku bawa ke Sawah Sagil untuk sesi pre-wedding mereka. Cuaca yang kurang menarik selepas hujan sepanjang hari memang mencabar untuk dapatkan warna yang betul. Walau bagaimanapun memang Canon dapat hasilkan gambar yang lebih baik. Aku berpuas hati…










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...